Friday, September 17, 2010

Apa itu Sticky Album?


Apa itu Sticky Album?

Sejenis album eksklusif dengan material berkualiti tinggi. Foto-foto akan dicetak di atas kertas gambar ( Glossy paper) berukuran 4R dan disusun meliputi 'sticky area' (muka surat bergam) pada setiap helaian album ini yang telah tersedia.

*Album ini adalah 'ready made'.

Apa kelebihannya?

Ia amat sesuai untuk golongan berpendapatan rendah/sederhana dan sudah memadai untuk mengabdikan kenangan-kenangan indah anda.
Perlu diambil perhatian bahawa mutunya sedikit rendah jika dibandingkan dengan Custom Album yang jauh lebih mahal.

Bagaimana menjaganya?

Ia tidak memerlukan penjagaan yang rumit tetapi hanya perlu dijauhkan dari tempat yang berhaba tinggi seperti diatas peti sejuk, di atas komputer dan sebagainya. Elakkan juga meninggalkannya di dalam kereta sewaktu cuaca panas terik kerana material yang digunakan sensitif kepada haba dan kepanasan.

Apa saya dapat jika memiliki Sticky Album?

Kepuasan. Jika anda mengimpikan perkahwinan seindah bintang terkenal, kini masanya untuk anda mendapatkan sebuah Sticky Album agar foto-foto indah anda bersama suami/isteri diabadikan dalam sebuah hasil seni dari HEROGEMOK FOTOGRAFI.


tags:
zikrizain, perkahwinan, jurugambar kuantan, photographer, jurufoto kuantan, kuantan, kahwin, wedding, nikah, pelamin,

Kenapa ZIKRIZAIN?







ZIKRIZAIN adalah jurugambar dan pereka grafik yang berpengalaman. ZIKRIZAIN tidak hanya mengambil gambar secara suka-suka kerana fotografi adalah kehidupannya. Bukan semata-mata untuk bekerja dan memenuhi kehendak pelanggan, ZIKRIZAIN melakukan sesuatu sebahagian daripada minat dan jiwa beliau.

*Perlu diingat bahawa anda bukanlah pelanggan pertama beliau. Percayalah kualiti servis serta foto yang diambil adalah pada tahap tertinggi dan terbaik setimpal dengan harga wang anda.



tags:
zikrizain, perkahwinan, jurugambar kuantan, photographer, jurufoto kuantan, kuantan, kahwin, wedding, nikah, pelamin,

1. UTAMA

HEROGEMOK fotografi+grafik is an independent label in photography and designing since 2008. The Manager is ZIKRI ZAIN who has involved in graphic designing and editing since 2003. He has experienced in designing banner, poster and backdrop for any events such as Annual Grand Dinner, Sports Day and so on.



HEROGEMOK fotografi+grafik adalah sebuah label persendirian dalam bidang fotografi dan rekabentuk grafik yang ditubuhkan sekitar tahun 2008. Pengasas dan pemilik label ini ialah ZIKRI ZAIN yang telah melibatkan diri dalam bidang reka bentuk grafik sejak tahun 2003. Sejak pembabitan awal beliau banyak menerima tempahan untuk mereka bentuk kain rentang, poster dan latarbelakang untuk majlis-majlis tertentu seperti Majlis Makan Malam Tahunan, Hari Sukan, dan sebagainya.